AGAMA ISLAM #2

HAKIKAT KUFUR
Berhadapan dengan golongan ini ada manusia lain. Ia dilahirkan Muslim, hidup muslim sepanjang hayatnya, yang kelslamannya tidak diketahui atau disadarinya, tetapi ia tidak menggunakan kekuatan ilmu dan akalnya untuk mengetahui siapa yang menciptakannya, siapa yang membukakan  pendengaran dan penglihatannya. Ia mengingkari wujud Tuhan. Ia merasa bongkak untuk  memperhambakan din kepada Tuhan. Ia enggan mengikatkan dirinya kepada undang-undang syara’ dalam menggunakan haknya untuk berbelanja dan memiih pekerjaan dalam hidupnya. Atau djsekekutukannya Tuhan dengan yang lain. Ia enggan beriman kepada ayat-ayat yang menunjukkan kemahaesaan Tuhan. Inilah dia orang kafir.

Dengan demikian maka erti kufur ialah tutup, dinding dan terlindung. Kata orang (ia
menutupi baju besinya dengan bajunya): yang bermakna:
apabila ditutupinya dan baju dipakainya di atas bajubesi. Maka lelaki seperti itu disebut sebagai “kafir” kerana ia menutupi fitrahnya dan melingkupinya dengan tudung ke jahilan dan kejahatan.
Sesungguhnya anda telahpun mengetahui bahawa orang itu tidak dilahirkan melainkan dalam
fitrah Islam. Dan setiap anggota tubuhnya tidak bekerja melainkan sesuai dengan fitrah Islam. Dan
dunia sekelilingnya tiada beredar mengikut edarannya melainkan menurut Sunnah Islam. Tetapi
semua ini terlingkup oleh hijab kejahilan dan kejahatan yang menutupi, sehingga terluputlah dan
pandangannya fitrah dunia dan fitrah dirinya. Anda menyaksikannya tiada menggunakan kekuatan
fikiran dan ilmunya melainkan mengenai perkara perkara yang berlawanan dengan fitrahnya. Ia tiada
melihat sesuatu melainkan yang bertentangan dengannya. Dan ia tidak mengusahakan sesuatu
melainkan apa yang membatalkannya.

Anda boleh membayangkan sendiri sekarang apa yang diputarbalikkan oleh orang kafir tentang
kesesatan yang jauh dan kesalahan yang nyata.

KEMUDRATAN KUFUR DAN KESAN-KESAN JAHATNYA
Kufur itu adalah jahil bahkan jahil yang hakiki itu adalah kufur. Ertinya: Kejahilan manakah yang lebih besar dan lebih hina daripada kejahilan orang yang tidak mengenal Tuhannya? Ia menyaksikan
penciptaan alam yang besar ini, berkenalan dalam pekerjaannya, siang malam tetapi ia tidak mengenal siapa yang menciptakannya dan yang memerintah kepadanya untuk bergerak terus menerus. Siapakah yang telah menumpuk batubara, hidrogen, oksigan, sodium dan kalsium, dan bendabenda lainnya yang tidak mempunyai hidup dan akal? Dan siapakah yang mengeluarkan daripada alam ini benda besar dan mustahak seperti manusia? Atau, tidakkah ia merasa ajaib ketika
menyaksikan beragam-ragam benda di setiap pelusok alam ini? Semua itu dengan sendirinya
menunjukkan hajat kepada pertukangan dan pengindahan rupabentuknya, yang mempunyai
kemahiran satu-satunya yang tiada saingannya dalam ke juruteraan, keahlian, ilmu kimia dan ilmuilmu lainnya. Meskipun demikian akalnya tidak menunjukinya kepada pengenalan akan Yang Maha Mulia, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui yang telah menukangi dan menyusunnya.
Fikirlah sedikit: Adakah mungkin terbuka pintu ilmu yang benar pada diri orang seperti ini
orang yang telah sesat dan sejak pangkal pengetahuannya lagi? Orang seperti ini, meskipun telah
sampai kepadanya pemikiran dan penelitian, dan telah menambah pembahasan dan penyelidikan,
tidak akan mendapat petunjuk kepada jalan yang lurus dan benar yang menyampaikannya kepada
ilmu yang benar di dalam sesuatu bidang kehidupan, kerana ia menghadapi kegelapan ke sejak
permulaan. Demikian seterusnya, ia tidak menghadapi yang lain melainkan kegelapan kejahatan
sampai kepada akhirnya.
Kufur itu adalah suatu kezaliman! Bahkan kezaliman yang paling besar dan paling jahat adalah
kufur. Yang demikian itu, kerana makna kezaliman ialah anda letakkan sesuatu pada bukan
tempatnya yang layak, dan anda gunakan dia secara paksa untuk sesuatu yang tidak wajar mengikut
fitrahnya. Andapun telah mengetahui bahawa segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi terikat
kepada perintah Allah, difitrahkan dengan fitrah Islam (penundukan diri — pent.). Sehingga pun
manusia dan tubuh badannya dan segala anggota tubuh yang melingkupinya tidaklah dilahirkan
melainkan atas fitrah ini. Ya, tiada syak lagi, bahawa sesungguhnya Allah pada satu pihak telah
memberi haq kepada manusia untuk menggunakan anggota-anggota tubuhnya. Tetapi mengikut
kehendak fitrahnya manusia tidak boleh menggunakannya melainkan sekadar yang diredhai oleh
penciptanya.
Adapun orang yang kafir kepada Allah menggunakan anggota tubuhnya itu tanpa bersesuaian
dengan fitrahnya. Anda lihat ia memenuhi hatinya dengan kegelapan, membesarkan yang lain
daripada Allah, cinta dan gemar kepada yang lain daripada Allah, sedangkan fitrah yang difitrahkan
dalam kalbunya menuntutnya supaya memenuhinya dengan cahaya membesarkan Allah, cinta dan
gemar kepadaNya, Allah tempat bergantung, yang esa sendiriNya. Dan dengan demikian ia
menggunakan sëluruh anggota tubuhnya dan segala yang ada di bawah kekuasaannya di alam ini
untuk sesuatu yang bertentangan dengan keredhaan Allah Ta’ala, manakala hukum tabi’i yang
menguasai anggota tubuhnya dan segala yang dipunyainya itu menghendaki agar ia tidak
mempergunakannya melainkan sesuai dengan apa yang ditentukan oleh undang-undang Tuhan yang
maha tinggi. Demi Allah, anda jawablah kepadaku: Siapakah yang lebih zalim danipada orang yang
menghendaki hidupnya untuk menzalimj segala yang ada di dunia ini sekalipun dirinya sendiri?
Bukan, kufur itu bukan hanya zalim. Tetapi lebih daripada itu, ia adalah juga suatu
pemesongan, suatu penentangan, pengingkaran dan kekejian yang dilakukan terhadap peraturan
Allah.
Atau, adakah anda lihat manusia itu menjadi pemilik bagi sesuatu yang ada di hadapannya? Siapakah
yang men jadikan akal dan otaknya? Adakah dirinya sendiri atau Allah ‘Azza wa Jalla? Dan siapakah
yang menciptakan kalbu dan lisannya, dua mata dan dua telinganya, dua kaki dan dua tangannya,
dan seluruh anggota tubuhnya? Adakah dirinya sendiri atau Allah Tabaraka Wa Ta’ala? Dan siapakah
yang mempermolek ciptaan benda-benda itu dan menjadikannya berguna bagi pemiliknya dan
menetapkannya untuk dipergunakan dan mengambil faedah daripadanya? Dia sendirikah atau Allah
s.w.t.?
Tidak dapat tiada jawapan anda ke atas pertanyaan pertanyaan ini ialah, bahawa seluruhnya
ini adalah kepunyaan Allah sendiriNya. Ia yang menciptakannya dan Ia pula yang memolekkan
rupanya. Dia pemiliknya dan Dialah yang telah memberi ni’mat kepada manusia dengan benda benda
itu. Apabila inilah hakikat, dan memang demikianlãh yang benar tanpa disangsikan, maka siapakah
orang yang paling banyak kezalimannya, yang paling derhaka dan yang paling menentang di antara
orang-orang yang menggunakan akalnya untuk berfikir mengenai sesuatu yang berlawanan dengan
keridhaan Allah Ta’ala dan memenuhi kalbunya dengan fikiran yang boleh menimbulkan
kemurkaanNya, dan dia memaksa lidahnya, dua matanya, dua tangannya dan dua kakinya untuk
beramal dengan perbuatan yang menafikan hukum-hukum Allah dan titah perintahNya? Anda akan
menghukum seorang hamba yang hidup dengan rezki dan pada tuannya tetapi tiada dipeliharakannya
hak-hak tuannya itu sebagai manusia yang ingkar. Demilkian juga, anda akan menuduh seorang
pegawai yang menggunakan kuasa pentadbir yang ada padanya berlawanan dengan maslahat kerajaan
sebagai seorang yang menderhaka dan terkeluar daripada pemerintahan. Dan anda akan mengatakan
bahawa seseorang itu ingkar apabila ia melengah-lengahkan hak tuannya untuk menenima sesuatu
kebaikan.
Tetapi, apakah hakikat kekafiran, kederhakaan dan pelalaian hak-hak manusia lain
seumpamanya? Dan manakah datang rezki manusia sehingga ia mesti berbuat baik dengan hartanya
itu kepada manusia lain? Adakah tidak, Allah Ta’ala sendiri yang memberinya kekuatan, kekuasaan
dan pemerintahan? Mengapakah manusia itu mesti memberi ni’mat kepada manusia seperti dia dan
berbuat baik kepadanya? Adakah tidak Allah Ta’ala yang telah menetapkannya untuk semua itu?
Sesungguhnya hak yang paling besar pada manusia dalam dunia ini ialah kewajipan ke atas ibubapanya.
Siapakah yang telah menanamkan rasa kasih mesra terhadap anak-anak di dalam hati ibubapanya?
Atau, siapakah yang telah menjadikan seorang ibu penyayang kepada anak yang
dikandungkannya secara bersusah payah dan dilahirkanya secara bersusah payah pula? Atau,
siapakah yang telan menanamkan di dalam hati ayah untuk dengan suka-rela dan tenang memberi
nafkah daripada usaha titik peluhnya kepada segumpal daging yang hina, dan kemudian berusaha
dengan menghabiskan banyak waktu, harta dan kelemah lembutannya untuk mendidik dan mengajar
anak itu?
Demi Allah, katakanlah kepadaku: Adakah lagi kekafiran yang lebih keji daripada kekafiran orang yang tidak beriman kepada Allah dan enggan mengakui kellahian dan keRabbian Nya dan membangkang ke atas titah perintahNya? Mungkinkah anda jumpai suatu kederhakaan yang lebih dahsyat daripada kederhakaannya; dan pengkhianatan yang lebih hebat daripada pengkhianatannya; dan keingkaran yang lebih tebal daripada keingkarannya?
Janganlah anda menyangka bahawa manusia boleh mendatangkan mudrat kepada Allah jika ia
mengkafiriNya. Bagaimana boleh jadi seperti itu, Allah Ta’ala mempunyai kerajaan yang besar yang
tidak diketahui jauh dan dekatnya meskipun manusia telah mencuba bersungguh-sungguh secara
terus menerus, dan untuk maksud itu mereka mempergunakan alat peneropong yang besar. Bumi ini
sujud kepada Allah s.w.t. Demikian juga matahari, bintang Marikh dan planit-planit besar lainya, yang semuanya itu adalah benda benda tak berharga. Anda lihat benda-benda ini seperti bulatan-bulatan kecil yang hina di dalam kerajaanNya. Dan bagi Allah ‘Azza wa Jalla perbendaharaan langit dan bumi tanpa saingan dan tanpa penentang. Ialah tempat bergantung yang maha pemurah dan maha mulia yang kepadaNya semua berhajat, sedangkan ia tidak berhajat kepada sesiapapun.
Bagaimanakah manusia ini? Ia adalah makhluk yang lemah dan hina, yang tidak dapat
mendatangkan sesuatu mudrat kepada Allah meski ia kafir kepadaNya. Sesungguhnya, jika ia
beriman, itu adalah untuk kepentingannya; dan jika ia kafir, kesannya akan tertimpa kepadanya.
Di antara natijah kufur dan kemaksiatan yang tidak boleh tidak, ialah rakaman kemenyesalan
dan kegagalan bagi manusia. Ia tidak akan mendapat petunjuk kepada jalan ilmu yang lurus selama lamanya, kerana ilmu yang tidak mengenal Tuhannya tidak mungkin mengenal yang lainnya dengan
benar. Dengan demikian tidak dapat tiada ia akan menjalankan akalnya melalui jalan-jalan yang tidak  tiada ia akan menjadi orang yang tak tentu hala. Ia menempuh kegagalan demi kegagalan dalam setiap pekerjaannya. Akan menjadi biasalah akhlaqnya, kemajuannya, pergaulannya, kehidupannya,pemerintahannya dan politiknya. Jadilah ia manusia perusak di muka bumi ini menumpahkan darah, mempermain-mainkan hak manusia. Mereka akan berona dengan warna-warni kezaliman dan kekasaran. Demikianlah, ia mendorongkan dirinya ke dalam kehidupan dengan fikiran jahat dan perbuatan munkar.
Ini dalam hidup dunia. Adapun dalam kehidupan akhirat, di hadapan wajahnya terpampang
segala penyelewengan! — yang kecil atau yang besar — yang semuanya akan disaksikannya. Di
hadapan mahkamah Allah yang adil, kesnya akan dipertanggungwabkan kepadanya oleh akal dan
hatinya, oleh dua mata dan dua telinganya, oleh dua tangan dan dua kakinya, dan oleh seluruh
anggota tubuhnya:
“Ya Tuhan! Bahawa orang yang zalim ini telah lari daripada Engkau dalam hidup dunia enggan
mengingati Engkau, dan dipaksanya kami berbuat ma’siat kepada Engkau”.
Di dalam mahkamah yang adil ini tidak ada tawar menawar, tiada pujuk-rayu dan tiada
syafa’at. Bumi, yang di atasnya ia berjalan dan di atas permukaannya ia tinggal, murka kepadanya
kerana mema’siati Allah Ta’ala. Demikian juga harta yang diperolehnya dengan jalan yang haram dan
dibelanjakannya kepada jalan yang haram pula, dan benda benda yang dipergunakannya dengan cara
penggunaan orang jahat yang mendatangkan perseteruan dan berbuat zalim, dan alat-alat serta
kekuatan yang digunakannya dalam melakukan kezaliman dan perseteruan dengan cara paksa ke atas
benda-benda itu, semuanya murka kepadanya. Dan Allah s.w.t. — hukum siapakah yang lebih baik
daripada hukum Allah — telah mencatitkan bagi mereka yang melampaui batas ini dan menimpakan
ke atasnya azab yang hina lagi keji, balasan bagi kezaliman dan kemaksiatannya.
FAEDAH - FAEDAH ISLAM
Di atas tadi adalah kemudratan kufur dan kesan-kesan.. nya. Sekarang marilah kita perhatikan
faedah-faedah apakah yang diberi oleh Islam apabila kita mematuhinya dan kita rela mengikutnya.
Dan keterangan yang lampau anda telah pun mengetahui bahawa alam ini penuh tanda dan
alamat yang tersebar pada setiap sudut yang menunjukkan kellahian dan keTuhanan Allah. Makmal
alam yang besar ini, yang kita lihat beredar terus menerus, tunduk kepada peraturan semesta dan
undang undang yang tetap. Dengan lisan-halnya, ia menjadi saksi bahawa pencipta dan pentadbir
urusannya adalah pengatur agung, mempunyai kuasa dan kekuatan yang besar. Tiada sesuatu, baik
yang di bumi mahupun yang di langit, yang terkeluar daripada pengaruhNya. Telah anda ketahui juga
bahawa manusia mengikut fitrahnya mestilah mentaatiNya seperti seluruh alam semesta in Anda
menyaksikan bahawa benda-benda alam ini mengikuti peraturan Tuhan siang dan malam tanpa
disedaririya. Adalah suatu perkara yang mustahil bagi manusja untuk tetap tinggal hidup jika ia
menyalahj undang-undang tabi’i.
Berbeza dengan yang lainnya. Allah s.w.t. telah menghebahkan kepada manusia suatu perkara
khas, yaitu kebebasan mempunyai kemahuan, dan telah mengurniainya kelebihan daripada makhluk
alam yang lain, yaitu penguasaan ilmu pengetahuan, kekuatan berfikir dan kesanggupan membeza
kan yang baik dan yang jahat. Manusia itu dengan ilmunya, akalnya dan kekuatan pembezaannya,
tunduk kepada ujian dalam kebebasannya ini. Dengan mata penciptanya, ia sentiasa meljhat betapa
dan untuk apa kemerdekaan itu dipergunakan Dalam ujian ini, manusia tidak dipaksa melaksanahan
rancangan yang tertentu. Andaikata ia dipaksa nescaya batallah tujuan dilakukannya ujian itu.
lni adalah perkara yang nyata. Tiada kemusykilan dalam memahamkanya. Kerana, andaikata di
atas kertas peperiksaan yang diletakkan di hadapan anda termaktub soalan yang anda terpaksa
memberi jawapan yang telah ditentukan, apakah gunanya ujian ini dilakukan?
Sebenarnya, tidak akan nyata kemampuan anda dalam erti yang sesungguhnya melainkan
apabila anda boleh memiih jawapan yang anda kehendaki dalam peluang yang seluas luasnya. Jika
jawapan anda itu benar luluslah anda dalam ujian itu. Terbukalah di hadapan anda pintu kemuliaan
dan kesempurnaan di masa depan. Tetapi jika jawapan anda salah, anda gagal dalam ujian itu. Maka
tertutuplah pintu kemuliaan di hadapan anda.
Demikianlah Allah telah mengurniakan kepada manusia ini kemerdekaan dalam menempuh
ujiannya dan memberinya piihan jalan mana yang dikehendakinya dalam menempuh hidupnya.
Jika seseorang tidak mengenal fitrah dirinya dan tidak pula fitrah alam ini tersalah dalam
mengenal khaliqnya serta sifat-sifat khalik itu, memilih jalan ma’siat dan kedurhakaan, tidak dapat
mengambil manfaat daripada kebebasan menentukan kehendak maka ia akan menghadapi kegagalan
yang nyata dalam ujian ilmu dan akalnya, di dalam kekuatan pembezaan antara yang baik dan yang
buruk dan perasaannya tentang kewajipan, ia akan menyaksikan dirinya sebagai seorang yang duduk di bawah kerak yang paling bawah dalam setiap segi hidupnya, dan patutlah jika segala pekerjaannya
menjadi mereng sebagaimana anda telah pun mengetahuinya.
Seorang lain telah melulusi ujian ini : Ia menggunakan fikirannya, mengambil faedah yang betul
daripada ilmu dan akal yang dikumiakan kepadanya, maka ia mengenal penciptanya dan beriman
kepadaNya meskipun ia tidak dipaksa untuk berbuat demikian. Dengan cara demikian ia tidak
tersalah dalam membezakan yang baik dengan yang buruk. Ia memilih yang baik dengan kebebasan
fikirannya, meskipun di hadapannya tiada sesuatu yang menghalanginya daripada cenderung ke arah
kejahatan jika ia mahu. Ia menjadi bijak kerana fitrahnya. Ia mengenal Tuhannya. Ia melakukan ta’atsetia meskipun ia boleh memilih di antara patuh dan derhaka.
Apakah yang telah meluluskannya dalam ujian ini dan yang menyampaikannya kepada tujuan?
Semua itu disebabkan kerana ía mempergunakan akalnya dengan baik. Ia mengambil faedah daripada
dua mata, dua telinga dan otak nya. Kalbunya yang hitam itu memerintahnya untuk tidak melakukan
perkataan dan perbuatan melainkan yang benar sahaja. Demikianlah datang kepadanya keterangan
yang benar kerana ia mengena yang benar, kerana pengenalannya akan Tuhannya, dan kerana ia
mengikuti yang benar dan langsung memegangnya Ke’ajaiban apakah yang terjadi pada orang yang telah mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat itu, orang yang telah dilingkupi oleh sifat-sifat mulia seperti ini?.
Dalam gelanggang ilmu dan amal tiada pilihannya melainkan jalan yang benar dan lurus.
Kerana orang yang mengenal Tuhannya dan sifat sesungguhnya Ia telah mengenal permulaan ilmu dan kesudahannya. Orang yang seperti ini tidak mungkin melangkah melalui jalan yang sesat dalam
hayatnya kerana langkah pertama yang dilangkahkannya adalah berdasarkan ilmu dan pandangan,
dan baginya tiada tersembunyi akhir jalan yang ditujunya Anda saksikan ia meneliti ke’ajaiban langit
dan bumi. Ia berusaha mengenal rahsla alam dengan cara falsafah, tétapi ia tiada tersesat di dalam
kegelapan syak dan ragu-ragu. Ia menggunakan ilmu pengetahuan sains untuk mengenal undangundang tabi’i. Dan alam itu dikeluarkannya perbendaharaan yang tersembunyi. Terbuka baginya kekuatan yang disimpankan Allah di dalam dunia dan di dalam diri manusia. Ia melahirkan cara-cara mengambil manfa’at daripada berbagai benda di langit dan di bumi. Tetapi taqwanya kepada Allah dan gentarnya akan berdiri di hadapan Tuhan pada hari Qiamat kelak mencegahnya daripada menggunakan ilmunya ke jalan yang salah pada setiap langkahnya. Dirinya sentiasa tidak terpesong dalam setiap marhalah perjalanan hidupnya, sehingga ia merasa menguasai semua ini, atau ia merasa menang ke atas tabi’i, sehingga bolehlah ia mempergunakan ilmunya untuk mengambil manfa’at bagi dininya, dan untuk menguasai dunia, menaklukkan negeri-negeri, sehingga dengan ilmunya itu ia menanamkan ketakutan di dalam hati manusia dengan membinasakan pertanian, keturunan dan melakukan penumpahan darah.
Kebinasaan seperti itu tidak akan berlaku melainkan oleh perbuatan saintis yang kafir. Adapun
saintis Muslim, setiap kali bertambah ilmu sainsnya dan kemahiran dalam ilmu itu dan pengenalan
akan rahsia langit dan bumi, akan bertambahlah imannya kepada Allah, bertambah keyakinannya
akan kemahaesaanNya, bertambah syukurnya ke atas ni’matNya, dan akan bertambah kukuh
i’tikadnya bahawa Tuhannya tidak akan memberinya pengetahuan mengenai hukum tabi’i melainkan
supaya jadilah ia pelayan kepada hamba-hambaNya, dan mengusahakan sesuatu yang mendatangkan
kebaikan kepadanya dan kepada ummat manusia seluruhnya. Yang demikian itulah kesyukuran yang
sebenarnya kepada Allah Ta’ala atas segala ni’mat yang dikurniakan Nya.
Demikian juga, tiada berbeza antara seorang Muslim dengan seorang kafir dalam mencari
hakikat dan kesungguhan dalam bidang sejarah, ekonomi, politik, undang-undang dan lain-lain ilmu
sains dan sastera. Walau bagaimana pun ada perbezaan dalam pandangan di antara dua golongan
manusia ini. Seorang Muslim mempelajari setiap ilmu dengan pandangan yang benar dan tujuan yang
baik. Dengan ilmunya itu ia mencari natijah yang sihat.
Dalam ilmu sejarah ia mengambil pelajaran dan pengalaman manusia zaman lampau dan
mencari sebab-sebab hakiki bagi ketinggian bangsa-bangsa dan kejatuhannya. Ia bersungguh-sungguh untuk mengenal sesuatu yang memberi manfa’at yang betul di dalam kemajuan dan peradabannya. Ia mengambil faedah daripada perbuatan tokoh-tokoh sejarah yang salih dalam perbuatan dan perkataan mereka. Ia menjauhi apa saja yang boleh membinasakan bangsa-bangsa dan menbuang segala sebab yang menimbulkan bencana dan kelemahan.
Di dalam ekonomi, ia memilih cara-cara pengusahaan mencari kekayaan dan pembelanjaannya
yang memberi manfa’at kepada manusia, tidak terhad kepada sesuatu golongan sahaja, melainkan
melingkupi seluruh penduduk muka bumi.
Di dalam bidang politik, cita-citanya tertuju kepada pelingkupan bumi ini dengan asas-asas
keselamatan, kesejahteraan, keadilan, kebaikan, kemuliaan dan marwah. Ia tidak akan berusaha
rata dalam setiap keadaan hidupnya. Sesungguhnya akal yang tidak menunjuki untuk mengenal
penciptanya, bagaimana pula ia boleh mengenal yang lainnya secara sihat? Demikianlah, tak dapat memperbudak manusia dan menghinakannya. Ia tidak berusaha memeras mereka, peribadi oleh
peribadi, atau kelompok oleh kelompok. Baginya kewibawaan alat-alat kerajaan dan pemerintahan
adalah perkakas penenteram, kurnia Allah yang dipergunakan untuk membahagiakan hambaNya dan
untuk kejayaan mereka seluruhnya.
Di dalam bidang undang-undang, pandangannya tertuju kepada penetapan hak dan kewajipan
seluruh manusia dengan matlamat menegakkan keadilan, kejujuran dan seorangpun tidak akan
dizalimi dengan sesuatu cara.
Benar, jujur, memelihara diri dan kecemaran, takut akan Allah dan mengikut yang hak, semua
itu adalah kumpulan pekerti seorang Muslim. Ia tidak akan hidup di dunia ini melainkan dengan
pengetahuan bahawa Allah Ta’ala adalah Tuhan seluruh alam dan pemiik setiap yang ada padanya;
dan bahawa apa yang ada padanya dan yang ada pada manusia datang daripada Allah; dan bahawa
manusia tidak memiliki dirinya dan kekuatan tubuhnya; dan bahawa tiap sesuatu yang ada padanya
adalah amanah daripada Allah yang tidak halal baginya menggunakannya melainkan mengikut yang
ditentukan oleh keridhaan Allah Ta’ala; dan bahawasanya Allah memperhatikan pelaksanaan amanah
ini dan akan membuat perhitungan seteliti-telitinya pada hari yang tiada disangsikan lagi.
Rujuklah diri anda sendiri, dan berfikirlah sedikit berkenaan dengan pekerti lelaki seperti ini:
Dibersihkannya kalbunya daripada sangkaan yang salah, dibersihkannya fikirannya daripada anganangan yang jahat. Diperjamkannya matanya daripada melihat kekejian. Ditulikannya telinganya
danipada mendengar yang buruk-buruk. Dipeliharanya lidahnya daripada memperkatakan sesuatu
yang berlawanan dengan kebenaran. Ia memilih mati kelaparan daripada diisinya perutnya dengan
rezki yang haram. Ditahannya tangannya daripada berbuat zalim dan memperkosa hak orang lain. Ia
tidak melangkahkan kakinya di jalan yang jahat. Ia tidak mahu menundukkan kepalanya di depan
kebatilan meskipun ia disalibkan atau tubuhnya dikerat-kerat. Segala cita-cita dan hajatnya tidak
dibawanya ke alam nyata dengan melalui jalan kejahatan, kezaliman dan permusuhan. Yang paling
dimuliakannya ialah yang hak, berkata benar dan berlaku jujur. Ia tidak kedekut terhadap dirinya dan
hartanya pada jalan yang hak. Dalam padanga nya, yang paling dimurkainya ialah kezaliman, dusta
dan khianat. Ia tidak rela menggunakan sifat-silat ini dan ia tidak mahu memilih jalan ini disebabkan
takut mudarat menimpa dirinya atau mengharapkan manfa’at bagi dirinya.
Orang seperti ini, ialah juga yang akan berjaya mencapai kemenangan dunia.
Benar! Tidak ada orang di dunia ini yang mempunyai kemuliaan, kehormatan, kelebihan dan
ketinggian lebih banyak daripadanya, kerana kepalanya tidak tertunduk, tangannya tidak terulur di
depan seseorang selain Allah. Manalah ada alasan bagi kehinaan dan kerendahan untuk mencapainya.
Tiada seorangpun di dunia ini yang mempunyai kekuatan, keberanian dan ketangkasan lebih
daripada orang seperti ini kerana tiada yang ditakutinya selain Allah. Ketangkasaannya tiada tertakluk kepada yang lainNya. Kekuatan manakah yang mampu menyelewengkannya daripada jalan lurus? Dan harta manakah yang sanggup membeli kekayaan imannya?
Tiada seorangpun di dunia ini yang lebih kaya dan lebih berharta daripadanya, kerana ia bukan pengejar dunia, dan ia bukan pula pengawal dindingnya yang fana dan bukan pengikut hawa-nafsu. Ia
merasa cukup dengan apa yang diusahakannya mengikut jalan yang benar. Ia tiada menoleh kepada
kekayaan yang diharamkan. Ia meninggalkannya kerana menganggapnya hina dan ringan walaupun
dihidangkan kepadanya berlonggok-longgok. Ini adalah kekayaan sifat memadakan dan ketenangan.
Tiada mungkin di dunia ini ada kekayaan yang lebih tinggi nilainya daripada itu.
Tiada di dunia seseorang yang dikasihi manusia lebih daripada dirinya, lebih mulia pada pandangan mereka, kerana ia menunaikan hak-hak yang sempurna kepada setiap orang, tiada dikuranginya sedikitpun. Ia berbuat baik kepada mereka, dan tiada berbuat jahat kepada seorangpun. Ia memperjuangkan kebahagiaan mereka. Ia tiada mengharap balas dan terima kasih dan mereka.
Semua itu dilakukannya kerana ia mendekatkan diri kepada hati manusia. Ia menarik setiap orang
untuk mengasihinya, menghormatinya dan memuliakannya.
Tiada seorangpun di dunia ini yang berkumpul dalam dirinya kepercayaan dan perpegangan
manusia lebih besar daripadanya, kerana ia tidak mengkhianati kepercayaan mereka, dan sentiasa
menghadapi mereka dengan berkata benar dan berbuat baik. Ia menunaikan segala yang dijanjikannya kepada mereka dalam setiap keadaannya. Ia tidak pernah meminta ganti ke atas kebenaran dan kejujuran yang diberinya kepada manusia. Dalam dirinya ada keyakinan bahawa Allah
memperhatikannya, sehinggapun ke atas perkara-perkara yang tidak dilihat oleh sesiapapun di dunia
ini. Jangan anda tanya lagi setakat mana cinta kasih manusia kepadanya, dan setakat mana pula
mereka menjadikannya tempat bertanya bagi semua masalah mereka.
Apabila anda mengetahui semua riwayat hidup Muslim ini, dan akhlaqnya di dunia ini nescaya anda
dengan sendirinya menjadi yakin bahawa adalah mustahil seorang Muslim itu hidup terhina di dunia;
nescaya anda meyakinkan diri anda sendiri bahawa mustahil seorang Muslim itu hidup hina-dina di
dunia gagal dalam menjalankan urusannya. Bahkan tidak boleh tidak ia hidup dalam lingkungan yang
mulia, tegak kepalanya, kerana sifat-sifat yang telah dihiaskan oleh Islam kepada dirinya tidak
mungkin dapat dikalahkan oleh sesuatu kekuatan paksaan di dunia ini selama lamanya.
Ini, adalah pengalaman seorang hamba Muslim dalam hidup dunianya. Adapun diakhirat Allah
melingkupinya dengan keredhaanNya. Dimasukkannya ke dalam taman syurga yang di bawahnya
mengalir sungai-sungai. Untuknya disediakan segala pemuas nafsunya. Semua itu adalah balasan
atas perbuatannya menunaikan amanah, dan kejayaannya dalam ujian yang ditempohnya di dunia.
Itulah dia kemenangan nyata yang abadi, yang dini’mati oleh hamba Muslim di dunia dan di
akhirat.
Inilah dia Islam. Ugama manusia yang telah difitrahkan kepadanya. Ia tidak tertentu untuk
sesuatu ummat sahaja. Ia tidak tertentu untuk sesuatu rantau sahaja. Dan ia tidak tertentu untuk
sesuatu masa sahaja. Semua orang yang mengenal Allah menganut agama itu, mematuhi undang
undangnya, melalui jalannya yang lurus, pada setiap masa, setiap bangsa dan setiap rantau. Apakah
ia menamai agamanya itu Islam, atau menyebutnya dengan nama yang lain sesuai dengan lidah kaumnya.

Comments

Popular posts from this blog

Zaqila - Dilanda Rindu

Pohon Gebang : Manfaat dan Fungsi

Life Mapping Perencanaan Menuju Sukses